Khamis, 27 Ogos 2015

kopersi Pembangunan Bukit Merah Berhad

Tangal 25 Ogos 2015 tertubuhnya Kopersai Pembangunan Bukit Merah Berhad. Dengan ada nya Kopersai ini dapat membantu penduduk-penduduk Kampung Bukit Merah menjadakan ekonomi pada penduduk kampung Bukit merah. 

 Mesyuarat agong yang pertama yang di pengerusikan oleh Encik Mohamad Nor Bin Hj. Hasan juga merupakan penaja Koperasi merangkap Pengerusi JKKK Kampung Bukit merah.
 Sambutan jugak amat mengalakan dari penduduk Kampung Bukit Merah
Puan Suhaila Binti Saharom dari pihak Koperasi memberi taklimat penubuhan Kopersi Pembangunan Bagan Serai Berhad

Rabu, 26 Ogos 2015

Bersama Bekas Panel Hakim Daerah Kerian

Pada 24 ogos 2015 JKKK mengambil anisiatif memangil semua panel hakim peringkat Kerian membincangkan dan menambah baik folio semua aspek.
 Perbagai-bagai persoalan yang di ajukan kepada para panel hakim peringkat Kerian 
Bukan mudah seperti orang lain jangkakan kerana di peringkat negeri banyak harus dibuat di segi bentuk folio dan kerja perhiasan.
Ketua-ketua biro mesti lah mengikut skema-skema yang di berikan oleh pihak hakim


Khamis, 20 Ogos 2015

VIDEO LAGU BUKIT MERAH KAMPUNGKU DAN LIRIK



Bukit Merah...(4X)
Kampung pilihan jadi tumpuan
Indah menawan tempat singgahan
Marilah lihat tuan dan puan.

Bukit Merah.. Kampung ku hebat
Banyak peluang banyak potensi
Mari berganding mencapai hajat
Generasi sihat majukan negeri
Bukit Merah..(4X)

Toman Kelisa jadi rebutan
Banyak usahawan produk berkualiti
Bukit Merah jadi ikutan
Semoga megah lagi diberkati.

Itu dia... Bukit Merah kampung ku
Kampung berwawasan sedang di tuju
Semua terlibat sentiasa bersatu
Demi mencapai negara maju
Bukit Merah..(4X)
(ulang toman kelisa jadi sebutan)

Syukurlah kami warga di sini....
Bumi bertuah, rezeki melimpah
Akan kami pastikan....
Bukit Merah kampungku..
Sentiasa..
Cemerlang...Gemilang...Terbilang... Bukit Merah ooo Bukit Merah..
Bukit Merah kampungku..


Ciptaan Lirik: Puan Bahijah Binti Mohamad