Selasa, 1 September 2015

Diambang Merdeka 2015



Program di ambang kemerdekaan 2015 di CTC Bukit Merah yang di rasmikan oleh YB DR Nor Azmi Bin Ghazali dan beliau memberi sajak semangat patriotik yang di anjurkan oleh Belia Daerah Kerian, AADK Daerah Kerian dan JKKK Kampung Bukit Merah.




Program berlangsung dari pagi membuat aktiviti senamrobik dan jugak kayuhan merdeka.  

Khamis, 27 Ogos 2015

kopersi Pembangunan Bukit Merah Berhad

Tangal 25 Ogos 2015 tertubuhnya Kopersai Pembangunan Bukit Merah Berhad. Dengan ada nya Kopersai ini dapat membantu penduduk-penduduk Kampung Bukit Merah menjadakan ekonomi pada penduduk kampung Bukit merah. 

 Mesyuarat agong yang pertama yang di pengerusikan oleh Encik Mohamad Nor Bin Hj. Hasan juga merupakan penaja Koperasi merangkap Pengerusi JKKK Kampung Bukit merah.
 Sambutan jugak amat mengalakan dari penduduk Kampung Bukit Merah
Puan Suhaila Binti Saharom dari pihak Koperasi memberi taklimat penubuhan Kopersi Pembangunan Bagan Serai Berhad

Rabu, 26 Ogos 2015

Bersama Bekas Panel Hakim Daerah Kerian

Pada 24 ogos 2015 JKKK mengambil anisiatif memangil semua panel hakim peringkat Kerian membincangkan dan menambah baik folio semua aspek.
 Perbagai-bagai persoalan yang di ajukan kepada para panel hakim peringkat Kerian 
Bukan mudah seperti orang lain jangkakan kerana di peringkat negeri banyak harus dibuat di segi bentuk folio dan kerja perhiasan.
Ketua-ketua biro mesti lah mengikut skema-skema yang di berikan oleh pihak hakim


Khamis, 20 Ogos 2015

VIDEO LAGU BUKIT MERAH KAMPUNGKU DAN LIRIK



Bukit Merah...(4X)
Kampung pilihan jadi tumpuan
Indah menawan tempat singgahan
Marilah lihat tuan dan puan.

Bukit Merah.. Kampung ku hebat
Banyak peluang banyak potensi
Mari berganding mencapai hajat
Generasi sihat majukan negeri
Bukit Merah..(4X)

Toman Kelisa jadi rebutan
Banyak usahawan produk berkualiti
Bukit Merah jadi ikutan
Semoga megah lagi diberkati.

Itu dia... Bukit Merah kampung ku
Kampung berwawasan sedang di tuju
Semua terlibat sentiasa bersatu
Demi mencapai negara maju
Bukit Merah..(4X)
(ulang toman kelisa jadi sebutan)

Syukurlah kami warga di sini....
Bumi bertuah, rezeki melimpah
Akan kami pastikan....
Bukit Merah kampungku..
Sentiasa..
Cemerlang...Gemilang...Terbilang... Bukit Merah ooo Bukit Merah..
Bukit Merah kampungku..


Ciptaan Lirik: Puan Bahijah Binti Mohamad


Ahad, 28 Jun 2015

FUNGSI JKK

FUNGSI DAN TUGAS JKKK


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.
JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

TANGGUNGJAWAB JKKK :


1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung

2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk
    semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan
    organisasi bukan kerajaan (NGO).

3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan
    pihak jabatan kerajaan dan NGO.

4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli
    jawatankuasa keciI yang lain

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali

6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap
    elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin,
    subversif dan sebagainya.

FUNGSI UTAMA


1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan
    kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik
    dan menguntungkan.

2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi
    membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing
    dan berdaya tahan.

3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan
    aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah
    melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-
    nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil
    tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan
    kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung
    dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
    masyarakat.

7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja,
    bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan
    masyarakat.

8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan
    persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran
    aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk
    kampung.

10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan
      kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang
      mencegah wabak penyakit berjangkit.

11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari
      jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan
      tanah kampung.

12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk
      menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan
      awam.

AKTIVITI JKKK 


I. Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan
   oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKK.

II. Menberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan
    pembangunan sosio-ekonomi dan fizikal kampung dalam
    mesyuarat JKKK.

III. Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh
     tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang
     ditubuhkan.

IV. Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKK.

V. Membantu pengumpulan maklumat kampung dan
     memaklumkan kepada JKKK.

VI. Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKK.

VII. Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu
       merancang, melaksana, memantau dan menilai
       aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.

VIII. Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKK.

IX. Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan
      berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.

X. Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan
     selamat.

XI. Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan
      mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk
      mengesahkan kaedah pengumpulan data.

XII. Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.

XIII. Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak
      JKKK. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu
      disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah
      supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.

XIV. Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi
        maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul
        dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan
        tindakan pembangunan kampung.

XV. JKKK perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh
       menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan
       dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk
       memajukan kampung.

XVI. JKKK bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta
        awam dalam kampung sentiasa berkeadaan baik dan boleh
        digunakan.

INFO LAIN


“JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG” atau singkatan nya JKKK. Kita sering keliru akan fungsi dan tanggungjawab organisasi ini. Kita juga sering tersilap mengandaikan bidang kuasa JKKK ini. JKKK merupakan satu entiti yang berbeza dengan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi mempunyai satu tujuan yang sama iaitu memastikan kawasan setempat tidak terpinggir dari arus pembangunan dan keselamatan kawasan sekitar nya sentiasa terpelihara dari sebarang bentuk ancaman. Tetapi harus diingatkan JKKK tidak harus dipisahkan dengan ADUN kerana ADUN mempunyai kuasa dan kelebihan dalam mengendalikan urusan dengan kerajaan pemerintah. Lagipun kebanyakan JKKK pula adalah pengundi dan penyokong pihak ADUN manakala ADUN pula mempunyai pengaruh dan tempat di dalam Pihak Berkuasa Tempatan. Jadi kedua-dua nya saling berkait rapat dalam menentukan sesebuah kampung itu menjadi sebuah kampung moden yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Penubuhan JKKK termaktub dalam arahan nombor 3, "Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar " yang dilancarkan pada tahun 1962 oleh Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein (Perdana Menteri Malaysia ke 2) . JKKK merupakan satu organisasi yang dilantik oleh kerajaan bagi memimpin dan mengatur masyarakat kampong kearah mencapai kemajuan dan kesempurnaan hidup selaras dengan pembangunan yang dicapai oleh Negara. Oleh itu, JKKK seharusnya bertindak sebagai satu agen penggerak dan pendorong kepada penyatuan dan perpaduan masyarakat kampong melalui program-program pembangunan dan juga hal-hal berkaitan kehidupan setempat. JKKK terletak dibawah Pejabat Daerah dan dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Masyarakat. JKKK tertakluk dibawah kuasa penghulu mukim setempat dan diterajui oleh seorang Pengerusi JKKK. Sebuah organisasi JKKK mempunyai beberapa Jawatan kuasa kecil yang dikenali sebagai biro untuk memastikan organisasi ini dapat ditadbir dengan lancar dan berkesan.

Seorang JKKK mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:

BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagai nya.

CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampung.

AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.

ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Seorang JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama....dan lain-lain.

KEKUATAN: Seorang JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat.Seseorang JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna seseorang JKKK mestilah bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat. JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.

BERDISIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan harian nya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.

BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi seorang JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi seorang JKKK. Seorang JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuh nya dengan orang lain, mereka seharus nya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan. Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.

Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada bakal JKKK, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKK, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin. Oleh itu seorang JKKK seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. JKKK juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekira nya seorang JKKK itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.

Kita sering bertanya, apa pula tugas-tugas JKKK? Apa yang mereka buat setiap hari? tugas JKKK memang selalu menjadi perdebatan dikalangan warga kampong, ramai dari mereka agak keliru akan tugas dan tanggungjawab JKKK hingga kadang-kadang menganggap mereka makan gaji buta. Oleh itu pastikan JKKK kampung anda melakukan tugas-tugas utama berikut:

1) Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh
    meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.

2) Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus
    diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan
    berasingan.

3) Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan
    samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi
    kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh
    agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain)

4) Menjadi pengantara antara penduduk kampung dengan pihak
    kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.

5) Bertanggungjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO
    untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan
    termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran
    projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan,
    aduan dan tindakan yang perlu.

6) Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan
    JKKK dan ahli jawatankuasa kecil nya.

7) Menyediakan profil kampung, mengemaskini bilik gerakan,
    mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit
    mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang
    berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan
    lain-lain.

8) Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk
    pembangunan dan keceriaan setempat.

9) Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampung
    dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya
    sekali dalam sebulan)

10) Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan
      pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan
      panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.

11) Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang
      difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan
      kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang
      tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.

p/s: Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga
       keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka
       menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya

Selasa, 2 Jun 2015

SENARAI KAMPUNG RANGKAIAN BUKIT MERAH


Kg. Balik Bukit, Bukit Merah
Kg. Perlis, Bukit Merah
Kg. Tepi Kolam, Bukit Merah
Kg. Tersusun, Bukit Merah
Kg. Tok Kamis, Bukit Merah
Kg. Batu 4, Bukit Merah
Kg. Batu 5, Bukit Merah
Kg. Batu 6, Bukit Merah
Kg. Batu 7, Bukit Merah
Kg. Batu 8, Bukit Merah
Kg. Batu 39 Jalan Keretapi, Bukit Merah
Kg. Batu 40 Jalan Keretapi, Bukit Merah
Kg. Wawasan Indah PPMS
Pekan Lama, Bukit Merah
Bandar Lembah Beriah